Artifak Kesultanan Melayu Melaka Bandar Hilir

Pusat Penyelidikan Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) mengesahkan 4 rangka manusia yang ditemui di Bandar Hilir, Melaka merupakan rangka manusia yang hidup sekitar tahun 1400 hingga 1450 iaitu era Kesultanan Melayu Melaka. Turut dijumpai ialah 23 jenis artifak seperti tembikar dari China. Antaranya ialah tembikar batu, paip Belanda, tembikar tanah, botol kaca, atap genting, duit syiling pelbagai tahun, bata merah yang kebanyakannnya dari era Belanda, peluru senapang dari bahan timah, pelita minyak tanah, gelang jed dan teko.

Semua artifak ini ditemui ketika kerja-kerja pembinaan Menara Tinjau Bandar Hilir berhampiran Unit Polis Perlancongan Melaka di Bandar Hilir pada Ogos 2007. Lantaran itu, bangunan RM23 juta itu dialihkan ke tempat lain.[1][2]